V4Putrajaya Teruskan Misi Ceriakan Sekolah

V4Putrajaya Teruskan Misi Ceriakan Sekolah

Pasukan V4Putrajaya bergambar kenangan selepas membersihkan kawan sekolah.

PRESINT 2 – Seramai 1400 sukarelawan V4Putrajaya telah menjayakan Program Sukarelawan Putrajaya (V4Putrajaya) dengan misi menghiasi, menceriakan, serta mengindahkan sekolah yang ada di Putrajaya baru-baru ini.

Salah seorang ahli V4Putrajaya, adik Siti Zulaikha Zaidee, 16, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(1) berkata, beliau berasa seronok dapat melakukan aktiviti gotong-royong ini.

“Bagi saya program tersebut memberi saya banyak manfaat serta mengisi masa lapang dengan membuat kerja yang berfaedah seperti ini.

“Program ini juga merapatkan lagi ukhuwah antara pelajar dan guru-guru secara tidak lansung kami akan bekerjasama dalam melakukan kerja-kerja yang diberi,” jelasnya.

Siti berharap program V4Putrajaya diteruskan agar lebih ramai dapat memupuk semangat kerjasama dalam diri masing-masing.

Menurut adik Arif Nurluqman Addyhanis, 16, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 11 (1) pula, beliau berasa teruja kerana selama ini datang ke sekolah hanya untuk belajar tetapi hari ini mereka datang untuk mengindahkan kawasan sekolah.

“Selain itu, program ini menyemai sikap dalam diri kita sendiri agar terus berbakti pada negara.

“Disamping itu, program ini merupakan amalan yang baik kerana selain memberi pendedahan,rakan-rakan yang lain juga turut menunjukkan semangat kerjasama yang tinggi,” katanya.

Arif berkata beliau sangat berharap agar kerjasama ini dapat diteruskan serta hubungan sebegini akan berkekalan sampai bila-bila,” ujarnya lagi

Program gotong-royong ini melibatkan empat buah sekolah menengah dan satu sekolah rendah iaitu SMK Presint 14(1), SK Presint 11(2), SMK Presint 11(2), SMA Presint 11(2), SMK Presint 11(1).

Program tersebut telah disempurnakan, SetiausahaSulit Kanan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Rahimi Rejab.