MySekolah

Tingkat Kemahiran Celik Al-Quran

PRESINT 3 – Menteri Wilayah Persekutuan , merangkap Ahli Parlimen Putrajaya  Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor  telah merasmikan Majlis Penutup Program Tahsin Iqra’ Kali Kelima dan Tahfiz Parlimen Kali Keempat Sekolah-sekolah Putrajaya 2017 di Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini, hari ini.

Program ini adalah gabungan kerjasama daripada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), masjid dan surau sekitar Putrajaya, sekolah-sekolah Putrajaya serta guru-guru yang turut menjadi tenaga pembimbing menjayakan program ini.

 Sehubungan itu, program dianjurkan bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dalam penguasaan Al-Quran ke tahap menghafaz melalui kelas tahfiz yang disertai oleh sekolah-sekolah di sekitar Wilayah Persekutuan Putrajaya.

‘’Saya berasa kagum kerana program ini wujud dan buat julung kali diadakan di negara kita serta mendapat perhatian yang baik daripada Perdana Menteri.

‘’ Kita harap agar kemahiran ini menjadi panduan hidup dan saya percaya bahawa anak-anak yang celik Al -Quran ini dapat menyambung legasi keutuhan umat Islam pada masa akan datang, ’’ tegasnya.

Show More

Related Articles