MyBerita

Tapak Hot Air Balloon Presint 2 ditutup, Sabtu ini

PRESINT 2 – Notis penutupan jalan di Plot 2M3 Tapak Hot Air Balloon Presint 2 pada Sabtu 9 Disember 2017 bermula 12 tengahari sehingga 3 petang kerana memberi laluan kepada Program Larian dan Kayuhan Gerak sempena Hari Anti Rasuah Antarabangsa 2017.

Sehubungan itu, pengguna jalanraya diminta mematuhi papan tanda arah yang telah disediakan bagi memudahkan dan melancarkan perjalanan lalulintas semua pengguna jalanraya. Pengguna juga diharap dapat menguruskan waktu perjalanan dengan baik atau menggunakan laluan alternatif bagi mengelak sebarang kesulitan agar sampai ke destinasi yang dituju tepat pada masanya.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, pengguna boleh menghubungi Encik Roslan bin Deraoh di talian 012-4275673.

Laluan bagi aktiviti berbasikal sempena Program Larian dan Kayuhan Gerak sempena Hari Anti Rasuah Antarabangsa 2017.

Laluan bagi aktiviti larian sempena Program Larian dan Kayuhan Gerak sempena Hari Anti Rasuah Antarabangsa 2017.

Show More

Related Articles