Jalan-Jalan

Taman Saujana Hijau Abadikan Memori Indah

Bila menyebut sahaja Taman Saujana Hijau pasti ramai tersenyum sambil membayangkan keindahan suasana pohon-pohon menghijau seperti diluar negara menerusi beberapa binaan wakaf yang unik lantas membuatkan fikiran berasa tenang. Buat kaki-kaki foto semestinya perasaan teruja memenuhi kotak pemikiran mereka tatkala menjejakkan kaki di Taman Saujana Hijau ini.

Seperti kita sedia maklum, Taman Saujana Hijau sememangnya menjanjikan kepuasan buat pengunjung. Mengapa? Anda tidak perlu menghabiskan kos yang tinggi semata-mata inginkan ketenangan jauh dari kesibukan kota setelah penat bekerja. Taman Saujana Hijau memberikan jawapan yang tepat buat anda dengan kawasan persekitarannnya yang bercerun dan berbukit tampak unik dikelilingi hutan Conifer oleh pokok jenis Pine, Juniperus dan Thuja dan tumbuhan Gymnosperma serta kewujudan kawasan Bustan Inggeris, Oriental dan Eropah.

Gabungan pokok Cook’s pine (Araucaria columnaris), Norfolk Island pine (Araucaria heterophylla), bunga-bunga (Araucaria bidwilli) dan bunga semusim berwarna warni memberi daya tarikan panorama indah di Taman Saujanan Hijau ini lantas membuatkan tempat ini tidak pernah putus dengan kunjungan daripada pengunjung terutamanya pada hari minggu. Kebanyakkan pengunjung yang berkunjung ke Taman Saujana Hijau ini pasti tidak melepaskan peluang keemasan yang dinanti-nantikan untuk mengambil foto berlatarbelakangkan tumbuhan hijau ini.

Rata-rata pengunjung yang datang ke sini adalah kerana tarikan dan keunikan pohon-pohon hijau yang redup melambai seolah-seolah memanggil mereka untuk merakam detik-detik manis dalam hidup mereka. Contohnya, pada musim konvokesyen dilihat pelbagai warna jubah mewarnai kawasan Taman Saujana Hijau ini. Tidak kurang juga apabila tiba musim perkahwinan, dilihat jurufoto menonjolkan kreativiti mengambil foto dengan pelbagai sudut dirasakan unik dan cantik untuk diabadikan dalam potret pengantin.

Apabila sudah menjejakan kaki ke Taman Saujanan Hijau ini, rugi rasanya jika tidak menerokai semua kawasan disini. Teruskan melangkah untuk ke Bustan Eropah yang merupakan laluan terpanjang di taman ini. Anda juga disarankan berbasikal untuk menerokai keindahan di Bustan untuk meneroka pelbagai lagi tumbuhan yang unik disini. Selain mengambil foto anda juga dapat beriadah sambil menghirup udara segar.

Sehubungan itu, jelaslah bahawa anda tidak akan merasa rugi malah bertuah dan bangga kerana hanya di Putrajaya sahaja, anda dapat merasai keindahan alam ciptaan tuhan ini. Apa yang boleh dikatakan, pastinya tidak cukup hanya sekali anda datang ke sini malah anda pasti anda datang lagi buat kali kedua, ketiga dan seterusnya.

 

Show More

Related Articles