MySekolah

Tahniah Buat Calon UPSR

PRESINT 8 – Tahniah buat semua calon dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8(1) baru-baru ini. Kesemua pelajar memperolehi keputusan yang cemerlang pada tahun ini.

Selaku Guru Besar Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8(1), Hajah Naemah Binti Ismail berkata, pencapaian UPSR pada tahun ini meningkat berbanding tahun lepas. Justeru itu, pencapaian ini dapat membanggakan nama sekolah.

Nurin Sofea Zulkifli dan Nurul Deena Ellysha Mohd Faisal, pelajar cemerlang 6A dalam UPSR mengatakan bahawa mereka tidak menyangka memperoleh pencapaian yang sangat cemerlang dalam UPSR kerana kertas soalan UPSR bagi subjek matematik agak sukar ujar mereka kita ditemui pemberita baru-baru ini.

Selain UPSR, Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) turut menjadi tumpuan pada tahun ini melibatkan tiga komponen lain iaitu Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan Pentaksiran Psikometrik (PPSI) selain Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PPSR) untuk murid berkeperluan khas.

Show More

Related Articles