MySukan

Sukan Memanah Satukan Umat Islam

PRESINT 5 – Kejohanan Memanah Tradisional Surau Surau Jumaat Putrajaya telah diadakan di Perkarangan Surau Al-Munawwarah anjuran Riwayah Al Munawwarah dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Pertubuhan Pemanah Tradisional (PERTAMA) dan Panah Lagenda.

Seramai lebih 50 peserta telah menyertai kejohanan memanah yang mewakili Surau Surau Jumaat di Putrajaya. Antara surau yang menyertai kejohanan ini adalah Surau Al Munawwarah A, Surau Al Munawwarah B, Surau Al Furqan, Surau Muhajirin, Surau An Najah, Surau Al Rahim dan Surau Al Iman.

Pengerusi Surau Al Munawwarah, Ustaz Izham Jamali berkata, antara acara yang diadakan pada program ini adalah Panahan Statik bagi kategori lelaki dan Panahan Dinamik bagi kategori wanita, campuran dan kanak-kanak.

“Tujuan kejohanan ini diadakan adalah untuk merapatkan silaturahim di antara penduduk memandangkan¬† aktiviti sukan memanah ini merupakan sukan yang sihat.

“Selain itu, memanah juga merupakan sukan kegemaran Nabi Muhammad dan sekaligus ianya dapat menghidupkan kembali sunnah Rasullullah dikalangan kita,” katanya lagi.

Program sukan memanah ini merupakan pendekatan yang terbaik kepada masyarakat untuk merapatkan silaturahim dan mengimarahkan penyebaran Islam memandangkan sukan memanah adalah sukan yang digemari oleh Baginda Rasulullah SAW serta merupakan senjata setiap kali baginda  dan para berperang.

Show More

Related Articles