SMKPP16(1) Memberi Pengiktirafan Dan Menghargai Kejayaan Pelajar

SMKPP16(1) Memberi Pengiktirafan Dan Menghargai Kejayaan Pelajar

Pelajar yang memperolehi keputusan Terbaik Keseluruhan Cemerlang Sijil Pembelajaran Malaysia (SPM) 2016, adik Nur Irdina Azman (tengah), manakala bagi Anugerah Perdana Kepimpinan 2016, adik Abdul Hafiz(tiga dari kanan) dan Penerima Anugerah Perdana Keseluruhan 2016, adik Abdul Malik (lima dari kanan) dari Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 16(1), sempat bergambar kenangan selepas majlis berlangsung.

PRESINT 16- Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya (SMK) Presint 16(1) telah menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan kali ke-12 yang berlangsung di Dewan Perdana SMKPP16(1), baru-baru ini.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YDP PIBG, Dr. Zaidi Omar, turut hadir bersama Pegawai Penghubungan sekolah, IPD Putrajaya, Insp Vinoth Rao A\L Letchumanan.

Menurut Pengetua SMKPP16(1), Abd Aziz Mamat, majlis yang diadakan setiap tahun ini bertujuan memberi pengiktirafan dan menghargai kejayaan pelajar yang telah menunjukkan kesungguhan dalam setiap penglibatan mereka di dalam mahupun luar sekolah.

“Pihak sekolah kami juga ingin melahirkan pelajar bukan hanya cemerlang dalam bidang akademik malah segala aspek termasuk jasmani, rohani dan intelek.

“Penerima anugerah hari ini merupakan penglibatan mereka melalui anjuran sekolah mahupun pertandingan yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia,” jelasnya ketika berucap.

Tambahnya lagi, beliau berharap dengan adanya program sebegini mampu membakar semangat pelajar lain untuk mengaharumkan lagi nama sekolah di peringkat Putrajaya dan seluruh negara.

Dalam penyampaian anugerah utama, Abdul Malik Kamaruddin dipilih sebagai Anugerah Perdana Keseluruhan 2016, Abdul Hafiz Mirza Abdul Jalil menerima bagi Abugerah Perdana Kepemimpinan 2016 manakala bagi Nur Irdina Azman menerima Anugerah Murid Terbaik Keseluruhan Sijil Pembelajaran Malaysia 2016.