Skuad Muda Menang Tiga Kejuraan Terbuka Malaysia 2017

Skuad Muda Menang Tiga Kejuraan Terbuka Malaysia 2017

SKUAD muda badminton kebangsaan menjuarai tiga daripada lima kategori kejohanan Terbuka Malaysia Celcom Axiata 2017 yang berakhir di Kompleks Kejiranan Presint 11 di sini hari ini.

Pemain wanita S. Kisona membuat upset ke atas pilihan utama dan rakan sepasukan Lee Ying Ying 16-21, 21-15 dan 21-17 untuk memenangi kejuaraan antarabangsa kedua buatnya musim ini selepas kejohanan Siri Antarabangsa Victor di Indonesia pada Mei.

Pilihan pertama Lee Jian Yi/Lim Zhen Ting mengalahkan rakan sepasukan Chen Tang Jie/Soh Wooi Yik 24-22 dan 21-19 dalam acara beregu lelaki sementara pasangan beregu wanita Soong Fie Cho/Tee Jing Yi mengalahkan Kittipak Dubthuk/Natcha Saengchote daripada Thailand 21-16 dan 21-17.

Pilihan ke-11 Cheam June Wei pula dikalahkan pemain tidak ternama Loh Kean Yew daripada Singapura 19-21 dan 14-21 dalam acara perseorangan lelaki dalam kejohanan yang menawarkan hadiah keseluruhan AS$8,000 (RM34,359).

Dalam acara beregu campuran, pilihan pertama Yantoni Edy Saputra/Marsheilla Gischa Islami daripada Indonesia mengalahkan Nandagopal/Mahima Aggarwal daripada India 21-19 dan 21-9.