Santai@Dataran Gemilang Kini Sabtu Dan Ahad

Santai@Dataran Gemilang Kini Sabtu Dan Ahad

Orang ramai khususnya di Putrajaya dijemput hadir memeriahkan program mingguan ini.

PRESINT 4- Dataran Gemilang yang terkenal dengan program Santai@Dataran Gemilang terus menjadi tumpuan orang ramai bagi mengisi masa lapang bersama seisi keluarga.

Jika sebelum ini Santai@Dataran Gemilang diadakan Ahad setiap bulan namun program mingguan berkenaan akan berlangsung selama dua hari iaitu Sabtu dan Ahad bermula 6 Ogos ini.

Program santai anjuran Kelab Merdeka Muda Malaysia (KeMUDA) dan Perbadanan Putrajaya (PPj) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) tersebut diadakan pada pukul 10.00 pagi hingga 11.00 malam pada Sabtu manakala 10.00 pagi hingga 7.00 petang pada Ahad.

Pelbagai acara menarik menanti pengunjung saban minggu termasuk pertandingan karaoke, pertandingan mewarna, mencari harta karun, gerai jualan, cabutan bertuah, persembahan artis tempatan dan banyak lagi.

Paling menarik, para pengunjung khususnya kaum wanita boleh mempelajari resepi-resepi baru menerusi slot demo masakan bersama Chef Jaafar Onn.

Apa tunggu lagi? Ajak kawan-kawan atau bawa anak-anak anda bagi memeriahkan lagi program Santai@Dataran Gemilang.