Ratusan Hadiri Majlis Raya Surau Jumaat Putrajaya

Ratusan Hadiri Majlis Raya Surau Jumaat Putrajaya

Barisan tetamu kehormat yang menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Surau-surau Jumaat Wilayah Persekutuan Putrajaya anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bertempat di perkarangan Surau An-Najah, baru-baru ini.

PRESINT 9 – Kira-kira 500 orang penduduk sekitar Putarajaya menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Surau-surau Jumaat Wilayah Persekutuan Putrajaya anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bertempat di perkarangan Surau An-Najah, baru-baru ini.

Menurut Pengarah JAWI, Abdul Aziz Jusoh, program tahunan ini bertujuan memupuk semangat kerjasama di kalangan masyarakat terutama jemaah-jemaah seluruh Putrajaya.

“Secara tidak langsung dengan ada program ini ia mampu mengeratkan hubungan silaturahim di antara kita semua.

“Selain itu, program yang diadakan secara santai ini juga sedikit sebanyak dapat menghidupkan suasana yang sangat meriah,” jelasnya.

Beliau berharap program tersebut akan diteruskan pada masa hadapan dan menjadi medan dalam mengimarahkan surau-surau di seluruh Putrajaya.

Bagi Othman Asmaon, 53, pengalaman menghadiri majlis yang lalu membuatkan dirinya tidak mahu melepaskan peluang untuk turut serta menjayakan sambutan diadakan pada tahun ini.

“Pelbagai jenis juadah dihidangkan antaranya kambing, sate, lemang, rendang, laksa serta kuih muih, sangat sedap dan menyelerakan.

‚ÄúDengan kesempatan yang ada saya juga berpeluang beramah mesra dengan rakan-rakan serta jiran tertangga yang hadir ke majlis ini,”katanya.

Beliau berharap agar majlis ini dapat teruskan untuk masa yang akan datang supaya lebih ramai lagi dapat merasai sendiri pengalaman beraya bersama jemaah surau.