MyPresint

Program National Blue Ocean Strategy (NBOS) beri Peluang kepada Pelajar

PRESINT 2 – Kementerian Wilayah Persekutuan mengadakan Program National Blue Ocean Strategy (NBOS) Pengambilan Pelajar Kementerian Wilayah Persekutuan bersama Kolej Komuniti Jelebu dan Majlis pelepasan pelajar baharu Kolej Komuniti Jelebu, baru-baru ini.

Seramai 40 orang pelajar baharu telah di taja oleh Kementerian Wilayah Persekutuan untuk menyambung pengajian mereka di Kolej Komuniti Jelebu dengan tujuan menggalakkan pelajar lepasan SPM yang masih belum mendapat tawaran di mana-mana pusat pengajian,khususnya calon dari keluarga berkategori B4 dari Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Menurut, Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, ilmu pengetahuan serta kemahiran haruslah seiring penguasaannya bagi memenuhi permintaan pasaran pekerjaan yang semakin mencabar dewasa ini.

“Bagi saya tidak mustahil, bakal-bakal juara di depan saya ini akan menjadi graduan kemahiran atau asset berkualiti Wilayah Persekutuan Putrajaya yang dilatih oleh Kolej Komuniti Jelebu.

“Saya juga yakin tujuan mereka hanya satu iaitu menuntut ilmu di samping merialisasikan impian diri sendiri serta impian keluarga dan berbanggalah para ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang kuat semangatnya seperti mereka ini, ” jelasnya.

Kolej Komuniti Jelebu merupakan institusi kemahiran yang bernaung sepenuhnya dibawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta ia juga salah sebuah kolej dari enam kolej komuniti yang mempunyai kemudahan asrama secara percuma.

 

Show More

Related Articles