Bersyukur Berpeluang Beramah Mesra Bersama Warga Emas – Anggraini

Bersyukur Berpeluang Beramah Mesra Bersama Warga Emas – Anggraini

Anggraini (belakang), enam dari (kiri) merangkap Pengerusi Badan Amal Kash Ibu Wilayah Persekutuan bergambar kenangan bersama warga emas sekitar Putrajaya ketika hadir program CSR bersama Warga Emas Semperna Program i-Chef Malaysia 2017 di Dataran Putrajaya, baru-baru ini.

PRESINT 3 – Bersempena Festival iChef Malaysia 2017, Badan Amal Kasih Ibu Wilayah Persekutuan mengambil kesempatan dengan meraikan lebih 300 warga emas sekitar Putrajaya dan Kuala Lumpur dalam sebuah program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Pengerusi Badan Amal Kasih Ibu Wilayah Persekutuan, Datin Seri Utama Anggraini Sentiyaki berkata, program santai yang diadakan itu hanyalah bertujuan merai serta berkongsi cerita bersama warga emas.

“Saya begitu gembira kerana diberi peluang bertemu serta mendengar sendiri pendapat mereka mengenai ekonomi, anak-anak dan beberapa masalah yang dihadapi.

“Bagi saya, kita semua saling tak tumpah umpama sebuah keluarga besar jadi tidak mempunyai sebarang kesalahan jika mahu membantu,” jelasnya ketika menyampaikan ucapan pada majlis tersebut, baru-baru ini.

Selain daripada aktiviti beramah mesra, pihak penganjur iaitu Anggraini sendiri telah menyampaikan bantuan berupa wang tunai serta keperluan harian seperti beras, gula dan lain-lain.

Beliau berharap dengan adanya program CSR bersama warga emas ini, mampu beri peluang kepadanya untuk bertemu dan mendengar rintihan dari warga emas.

“Insyaallah program segini akan diadakan lagi pada masa hadapan, saya sendiri yang akan turun padang berjumpa dan membantu,” katanya.