Penantian 10 Tahun Azizulhasni Berakhir

Penantian 10 Tahun Azizulhasni Berakhir

Foto Ehsan : astroawani

PELUMBA berbasikal trak negara, Azizulhasni Awang mengakhiri penantian selama 10 tahun apabila berjaya merangkul pingat emas dalam acara keirin pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI di Hong Kong, baru-baru ini.

Kejayaan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016 menghadapi tentangan sengit daripada lima pelumba lain turut menobatkan beliau sebagai jaguh dunia.

Sementara itu, pingat perak menjadi milik pelumba Colombia, Fabian Hernando Puerta Zapata manakala pingat gangsa dimenangi oleh pelumba Republik Czech, Tomas Babek.

Azizulhasni juga dikenali sebagai ‘The Pocket Rocketman’sebelum ini telah meraih pingat perak pada tahun 2010 di Denmark dan dua kali pingat gangsa tahun 2015, 2016 dalam acara keirin pada kejohanan yang sama.

Selain itu, seorang lagi pelumba Malaysia, Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang pertama kali bersaing di kejohanan dunia, gagal mara ke pusingan kedua selepas menamatkan kedudukan di tempat kedua dalam perlumbaan repechage pertama, di belakang pelumba Jerman, Joachim Eilers.

Mohd Azizulhasni dan Muhammad Shah Firdaus akan memberi tumpuan acara pecut individu, yang berlangsung Sabtu ini.