Peminat bola sepak yang paling menakjubkan…

Peminat bola sepak yang paling menakjubkan…

Mereka menangis apabila lagu kebangsaan negara mereka dinyanyikan.

Mereka menangis apabila pasukan mereka memulakan sepak mula.

Mereka menangis apabila separuh masa tamat.

Mereka menangis apabila Claudio Marchisio dilayangkan kad merah.

Mereka menangis apabila Luis Suarez menggigit Giorgio Chiellini.

Mereka menangis apabila Diego Godin menjaringkan gol, sekali gus melayakkan pasukan mereka ke peringkat seterusnya.

Mereka menangis apabila wisel penamat ditiup.

Mereka menangis apabila bergerak meninggalkan stadium.

Itulah rakyat dan peminat bola sepak yang disifatkan sebagai peminat bola sepak yang paling menakjubkan di dunia.

Hari ini, pada saat dan ketika ini, pergilah ke kampung-kampung di pedalaman Uruguay, anda pasti mendapati masih ramai yang menangis kerana terlalu terharu atas kejayaan pasukan negara mereka mengalahkan Itali 1-0 pada awal pagi tadi (waktu Malaysia).