MySekolah

Pelajar Cemerlang Peneraju Negara

PRESINT 9 – Ketua Pengarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPIEM), Dato Abibullah Shamsudin telah merasmikan  Majlis Anugerah Hal Ehwal Murid (HEM) tahun 2017 bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2) yang bertempat di Dataran Dato Seri Najib, SMK PP9(2).

Selaku penyelaras program, Norzaliha Ghazali berkata majlis ini di anjurkan adalah sebagai tanda pengiktifan atau penghargaan kepada guru mahupun pelajar yang cemerlang dalam menjalankan tugas mereka. Pihak sekolah juga berhasrat untuk melahirkan pelajar cemerlang dalam semua aspek samada akademik mahupun aspek lain seperti   jasmani, emosi rohani dan intelek.

“Sehubungan  itu, majlis ini turut menerapkan elemen tanggungjawab, amanah dan ikhlas daripada guru kepada pelajar bagi membentuk pelajar yang cemerlang sekaligus menjadi peneraju atau tunggak kepada negara kelak.

“Pihak kami juga ingin memberi motivasi serta dorongan kepada individu lain untuk turut sama bersungguh-sungguh dalam menyelesaikan setiap tugas yang diberikan” ujarnya.

Beliau juga berharap dengan adanya majlis sebegini sedikit sebanyak dapatlah memberi semangat kepada para pelajar untuk terus berjaya dimasa hadapan.

Show More

Related Articles