Pameran Skeleton di Muzium Alam Semulajadi

Pameran Skeleton di Muzium Alam Semulajadi

Timbalan Pengarah Muzium Alam Semulajadi, Mohd Khairil Jemangin sedang menerangkan mengenai keunikan sistem dan bentuk rangka dalam pelbagai jenis haiwan semasa Pameran Skeleton di Muzium Alam Semulajadi, Presint 15.

PUTRAJAYA – Orang ramai berpeluang melihat sendiri pelbagai rupa bentuk rangka haiwan daripada jenis mamalia, reptilian, burung, ikan dari seluruh dunia pada Pameran Skeleton yang berlansung mulai 23 November 2016 di Muzium Alam Semulajadi, Presint 15.

Timbalan Pengarah Muzium Alam Semulajadi, Mohd Khairil Jemangin berkata, pameran ini bertujuan memupuk kesedaran dan pemahaman dalam kalangan orang ramai tentang keunikan sistem dan bentuk rangka dalam pelbagai jenis haiwan disekeliling mereka.

“Antara yang menjadi tarikan pengunjung adalah rangka tulang gajah Asia. Selain itu, 84 koleksi milik Muzium Alam Semula dan Muzium Perak terdiri daripada 28 skeleton, 51 tengkorak, 10 jenis tulang dan 6 spesimen haiwan juga dipamerkan.

“Apa yang menarik tentang pameran ini, terdapat dua jenis sistem rangka iaitu eksoskeleton (rangka luar) dan endoskeleton (rangka dalam),” jelasnya ketika ditemui di sini.

Eksoskeleton (rangka luar) ialah struktur sokongan yang berada di dalam badan vertebrata (vertebrates), fungsi endoskeleton adalah menyokong berat badan, melindungi organ dalaman badan, bekerjasama dengan otot untuk membenarkan pergerakan badan contoh haiwan seperti ikan, katak, lumba-lumba.

Manakala bagi endoskeleton (rangka dalam) pula, mempunyai struktur yang keras bagi meliputi bahagian luar badan haiwan invertebrata (invertebrates), berfungsi untuk menyokong dan memberikan bentuk kepada haiwan seperti semut, ketam, udang, kumbang.

Tambahnya lagi, beliau berharap lebih ramai pengunjung dapat meluangkan masa terutama golongan pelajar sekolah supaya dapat mempelajari sedikit sebanyak mengenai Skeleton.

Orang ramai boleh mengunjungi muzium berkenaan setiap hari bermula pada pukul 9 pagi hingga 5 petang.

Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi talian 03-88902884 dan 03-88880193 atau laman Facebook Natural History Museum Putrajaya.