Jom MakanUncategorized

Nikmati 1000 Juadah Berbuka di Citra Rasa Dorsett

PRESINT 3 – Bersempena kedatangan Ramadhan ini, Restoran Citra Rasa Dorsett turut mempromosikan Bufet Ramadhan dengan lebih 1000 jenis hidangan tempatan kepada para pengunjung.

Ketua Chef Citarasa Dorsett, Shamsul Rizal Johari berkata, bertemakan #BismillahRamadhan beliau berharap agar para pengunjung bukan saja dapat menikmati sajian yang enak malah turut menikmati suasana berbuka di sini.

“Kami menghidangkan pelbagai jenis hidangan Istimewa iaitu  rusa panggang, seafood shell out, durian jelebu, keria gula melaka dan lain-lain juadah berbuka,” katanya.

Menurut Shamsul, ketika berbuka para pengunjung juga berpeluang menyaksikan persembahan dari Isma dengan iringan muzik dari kumpulan Sri Mawar.

“Selain Isma, kumpulan Sri Mawar juga turut mengundang beberapa selebriti pada setiap hari jumaat bagi menghiburkan para pengunjung di sini,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, Citra Rasa Dorsett juga turut menyediakan ruang solat yang dilengkapi dengan sejadah bagi kemudahan pengunjung untuk beribadah.

Para pengunjung digalakkan menempah awal iaitu pada bulan Mei bagi menikmati tawaran istimewa dengan harga RM99 seorang.

Sementara itu, tawaran istimewa 5+1 kepada pengunjung dengan setiap pembelian 5 baucar buffet ramadhan akan menerima 1 baucar percuma.

Pengunjung  yang  membeli baucar pada bulan Ramadhan juga dapat menikmati tawaran khas 5+1.

Baucar tersebut boleh dibeli dengan harga RM120 setiap satu bagi dewasa.

Manakala bagi kanak-kanak berusia diantara 7-12 tahun, warga emas berusia 65 tahun ke atas dan individu cacat juga dapat menikmati kadar khas dengan harga RM60.

Show More

Related Articles