Necrophilia dorong lelaki bunuh anak tiri

Necrophilia dorong lelaki bunuh anak tiri

Necrophilia (memiliki keghairahan seks terhadap mayat) dipercayai mendorong seorang lelaki di Easton, Pennsylvania, Amerika Syarikat membunuh anak tirinya dan kemudian melakukan hubungan seks ke atas mayat wanita malang itu.

Tidak hanya itu, lelaki tersebut, Gregory Graf, 53, melakukan rakaman video ke atas perbuatan jijiknya itu.

Jessica Padgett, 33, ibu kepada tiga anak, kali terakhir dilihat masih hidup pada 21 November lalu. Dia kemudian hilang tanpa jejak.

Jessica... wanita malang yang dipercayai menjadi korban bapa tirinya sendiri.

Jessica… wanita malang yang dipercayai menjadi korban bapa tirinya sendiri.


Bagaimanapun lima hari kemudian polis menemui mayatnya tertanam tidak jauh dari rumah yang didiami oleh Graf bersama isterinya iaitu emak Jessica.

Siasatan pihak berkuasa membawa kepada penemuan video rakaman sendiri dalam komputer Graf yang menunjukkan pemilik syarikat pembekal pagar itu mengadakan hubungan kelamin dan melakukan pelbagai aksi seks lain ke atas mayat anak tirinya, yang tidak lama dahulu pernah memberitahu kawan-kawan, dia menganggap bapa tirinya itu seperti bapa sendiri.

Penemuan itu membawa kepada penahanan Graf dan seorang jurucakap polis berkata, lelaki itu mengaku dia memang telah lama ingin mengadakan hubungan seks dengan anak tirinya dan apabila wanita itu mati, dia terus melakukannya.

“Saya percaya dia menembak anak tirinya sehingga mati bagi membolehkannya melakukan perbuatan itu,” kata jurucakap berkenaan.

Graf, yang tidak boleh diikat jamin kini menunggu masa dihadapkan ke mahkamah.