MyBerita

#myDOF Peneraju Industri Perikanan

PRESINT 4 –┬áTimbalan Menteri Pertanian & Industri Asas Tani, Dato’ Sri Tajuddin Abdul Rahman telah merasmikan Pelancaran Pecutan Pelan Strategik Jabatan Perikanan Malaysia, Pelan Pengurusan Perikanan dan Logo MyKomuniti Perikanan bersama Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, Dato’ Munir Mohd Nawi pada Majlis Sambutan 100M #myDOF di Dewan Arowana Ibu Pejabat Jabatan Perikanan Malaysia Putrajaya, baru-baru ini.

Penggunaan slogan 100M #myDOF membawa maksud 100 hari kepimpinan baru Jabatan Perikanan Malaysia yang menjunjung nilai korporat. Dalam tempoh 100 hari, Jabatan Perikanan turun padang umpama berlari pecutan 100 meter membuat ketetapan dan usaha merangsang ekonomi sebagai langkah untuk meningkatkan daya saing serta pendekatan terbaik bagi mentransformasikan sub-sektor perikanan di negara ini.

Seterusnya, Cabaran bagi jabatan Perikanan Malaysia untuk menguruskan sumber perikanan semakin kompleks dan mencabar, memandangkan hanya dua tahun sahaja lagi untuk pencapaian Dasar Agromakanan tahun 2020.

Tiga aspek penting diberikan tumpuan di bawah kepimpinan baru #myDOF iaitu Pecutan Pelan Strategik, Sistem Pengurusan Perikanan Baru (Fisheries Management Plan-FMP) dan #myKP (#myKomuniti Perikanan). Pelan Strategik Jabatan Perikanan telah dikaji semula dan diperkasakan selaras dengan pecutan dan momentum bagi merealisasikan sasaran yang ditetapkan menjelang tahun 2020.

Sistem Pengurusan Perikanan Baru (Fisheries Management Plan-FMP) pula bertujuan untuk mengurus sumber perikanan dengan lebih tersusun dan teratur. FMP ini merupakan ”tools” untuk menjawab dan menyelesaikan isu-isu berbangkit seperti ketirisan ikan dan pengurangan stok ikan di laut. Dengan pematuhan terhadap FMP ini, Malaysia mampu menguruskan perikanan dengan baik, membangunkan stok ikan di perairan Malaysia sekaligus menjamin kemampanan ikan untuk genarasi akan datang.

Pendekatan #myKomuniti Perikanan (#myKP) pula adalah merupakan konsep penyatuan dan penambahbaikan program-program yang telah dilaksanakan oleh DOF bersama komuniti perikanan pantai dan darat yang sedia ada. Selain itu, #myKomuniti juga merupakan konsep sokongan baharu kepada program komuniti perikanan sedia ada seperti Sukarelawan Perikanan (SUPER) dan Komuniti Pengurusan Sumber Perikanan (KPSP) yang aktif. Penjenamaan #myKP turut didorong oleh pelancaran Kumpulan Keselamatan Nelayan (KESAN) dan berperanan dalam aspek pembangunan komuniti perikanan dengan mengambil kira potensi sedia ada di setiap komuniti iaitu Pengurusan Sumber Perikanan, Pemuliharaan Sumber Perikanan dan Alam Sekitar, Ekonomi dan Rakan Strategik, Pemantauan dan Komunikasi dan Pemerkasaan Wanita.

“Saya berharap semua warga #myDOF dapat memberi komitmen yang terbaik sebagai usaha kita menjunjung agenda negara untuk menjadikan sub-sektor perikanan sebagai penyumbang penting kepada kestabilan ekonomi, sosial dan politik Malaysia sekaligus diterima sebagai peneraju Industri Perikanan,” kata Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, Dato Munir Mohd Nawi baru- baru ini.

 

Show More

Related Articles