MySukan

Musketeers Naib Johan Cobra 10s Mini 2017

PASUKAN ‘The Musketeers Putrajaya’ berjaya mencuri perhatian peminat sukan ragbi sekitar Putrajaya apabila muncul naib johan dalam dua kategori berbeza pada kejohanan Cobra 10s Mini 2017, baru-baru ini.

Musketeers Bawah-6 dan Bawah-7 telah mencapai objektif kelab meskipun hanya mendapat tempat kedua dalam kategori masing-masing pada kejohanan tersebut.

Pasukan di bawah kendalian Kelab Sukan dan Rekreasi The Musketeer Putrajaya merupakan projek baharu melahirkan atlet-atlet sukan ragbi bagi mewakili Wilayah Persekutuan Putrajaya pada mana-mana temasya.

Menurut sumber, sebanyak lapan pasukan mengambil bahagian dalam kategori tersebut termasuk beberapa pasukan ternama seperti Cobrats, KL Tigers dan KL Saracens.

“Menjadi naib johan dalam kejohanan besar sebegini merupakan pencapaian yang amat membanggakan kerana kami pasukan yang baharu saja ditubuh dan masih dalam proses pembangunan.

“Kita akan terus berlatih dan bergiat meningkat mutu permainan dalam setiap kategori untuk menghadapi beberapa pertandingan besar pada tahun hadapan,” jelasnya.

Show More

Related Articles