Motonation 2017 Sasar Lebih 500,000 Pengunjung

Motonation 2017 Sasar Lebih 500,000 Pengunjung

Nazifuddin menaiki motosikal klasik sambil di temani Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Dato' Badlishah Hj Ahmad (kanan) dan Perunding Media Automotif Bigger, Jeremy Hafeez (kiri) pada Majlis Pra Pelancaran Motonation 2017 di PICC, baru-baru ini.

PUTRAJAYA – Peminat dunia permotoran di Malaysia bakal berpeluang menyaksikan himpunan pelbagai jenis kereta dan motorsikal terbesar di Asia Tenggara menerusi karnival Motonation 2017 yang akan berlangsung pada 1 hingga 3 Disember 2017 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.

Penasihat Procara Entertaiment Sdn. Bhd., Datuk Nazifuddin Najib yakin karnival terbesar yang julung kali diadakan itu mampu mencatat kehadiran lebih 500,000 pengunjung keseluruhan hari berlangsung.

Ujarnya lagi, dengan kepelbagai aktiviti serta pertandingan yang akan dijalankan bakal membantu Motonation 2017 mencapai sasaran kehadiran pengunjung dalam dan luar negara.

“Karnival ini turut melibatkan pelbagai perkhidmatan permotoran seperti gerai jualan aksesori, gerai servis kenderaan, pembaharuan insurans dan pelbagai lagi yang bakal berada di bawah satu bumbung.

“Kejayaan karnival Motonation 2017 bukan sekadar mencatat kehadiran bilangan pengunjung dan pameran tetapi kami lebih berusaha untuk meningkatkan kehadiran pelancong serta mengangkat imej negara sebagai destinasi pelancongan permotoran,” katanya kepada pemberita pada majlis sidang media di PICC, baru-baru ini.

Selain itu, pihak penganjur tidak akan meletakkan sebarang yuran kepada pengunjung malah bersetuju membawa pelbagai jenis automatif yang dijangka mampu memberi manfaat kepada yang hadir.

Nazifuddin memberitahu bahawa sebuah pertandingan reka bentuk motorsikal juga akan berlangsung dengan menawarkan tajaan sepenuhnya untuk bertandingan kejohanan sama peringkat dunia di Jerman.

Karnival anjuran Procara Entertaiment Sdn. Bhd. dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya (PPj) dan PICC selaku penaja lokasi bakal berlangsung selama 42 jam bermula 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah malam.

Turut hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Konvensyen dan Pameran Putrajaya Sdn. Bhd. (Co-X), Datuk Badlishah Ahmad.