Minggu Bahasa SKPP9(2) Bagi Panitia Bahasa Melayu dan Panitia Inggeris

Minggu Bahasa SKPP9(2) Bagi Panitia Bahasa Melayu dan Panitia Inggeris

Guru Panitia Bahasa Inggeris sempat menunjukkan gimik pembukaan Minggu Bahasa bagi Bahasa Inggeris bertempat si tapak perhimpunan SKPP9(2), baru-baru ini.

PRESINT 9- Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint (SKPP) 9(2) mengambil insiatif melancarkan program Minggu Bahasa dengan kerjasama Panitia Bahasa Melayu dan Panitia Bahasa Inggeris yang diadakan di tapak perhimpunan sekolah tersebut.

Program tahunan yang diadakan itu bukan sahaja untuk memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar dan seluruh warga SKPP 9(2) malahan menarik minat pelajar untuk memperluaskan ilmu.

Menarik pada minggu bahasa kali ini, para guru bagi Panitia Bahasa Melayu berpakaian Tradisional dan Panitia Bahasa Inggeris pula guru-guru berpakaian ala-ala “James Bond” menjadi gimik bagi pembukaan program berkenaan.

Guru Besar SKKP 9(2), Rohayati Mansor berkata, tujuan minggu bahasa ini diadakan ingin memupuk rasa cinta murid terhadap Bahasa Melayu dan Inggeris dikalangan mereka.

“Dari segi bahasa penyampaian pengacara majlis menggunakan dua bahasa ini pelajar-pelajar dapat mempelajari sedikit sebanyak bahasa yang digunakan kerana penggunaan dua bahasa ini digunakan dalam masyarakat kita.

“Warga pendidik juga dapat mencungkil bakat-bakat baru yang terpendam dalam diri pelajar sekaligus meningkatkan kreativiti pelajar terutama dalam bidang bahasa,” jelasnya.