MySekolah

Majlis Graduasi Rai Murid Tamat Sekolah

PRESINT 9 – Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2) mengadakan Majlis Graduasi Tahun 6 dan Majlis Saranathon yang bertempat di Dewan Baiduri SKPP 9(2), di sini, baru-baru ini.

Pengurus Majlis, Wan Mohd Azlan Wan Jusoh berkata, tujuan pihak sekolah menganjurkan majlis ini untuk menghargai murid-murid yang telah berjaya menamatkan zaman persekolahan rendah mereka.

“Dengan adanya majlis seperti ini para pelajar dapat merasai majlis konvokesyen meskipun ia diadakan secara sederhana dan bukan seperti menamatkan pengajian di universiti.

“Selain itu, kami ingin melahirkan sikap semangat persaingan antara satu sama lain untuk mencapai kejayaan cemerlang,” jelasnya.

Azlan berkata beliau ingin murid-murid menimbulkan rasa kasih sayang dan sikap menghargai jasa guru-guru yang telah bertungkus-lumus mendidik serta mencurahkan ilmu pengetahuan kepada mereka semua.

Beliau berharap dengan adanya majlis ini dapatlah pihak sekolah melatih murid-murid membiasakan diri dalam majlis rasmi dan mematuhi protokol majlis.

Show More

Related Articles