MyPresint

Lebih 1,000 Sertai Kayuhan Sihat Community Ride

PRESINT 14 – Program kayuhan basikal Community Ride anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan Putrajaya bersama Perbadanan Putrajaya, Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan dan Nadiputra telah disertai lebih 1,000 peserta dari Putrajaya dan sekitar Putrajaya. Perlepasan peserta dilakukan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor.

Kayuhan sihat secara santai ini menunjukkan semangat para peserta membuat kayuhan sepanjang 11.43 kilometer bermula dan berakhir di Park and Ride Nadiputra Presint 14, Putrajaya. Aktiviti kayuhan basikal bukanlah satu aktiviti sukan yang baharu tetapi telah lama di diminati oleh sesetengah masyarakat. Namun kekangan seperti lokasi yang terhad dan tidak selamat menyebabkan ramai penunggang basikal mengambil risiko menunggang basikal di jalan raya dan mengakibatkan kemalangan jalan raya.

Sehubungan itu, program kayuhan basikal Community Ride ini merupakan salah satu alternatif kerajaan di Wilayah Persekutuan Putrajaya untuk memberi peluang kepada penunggang basikal tidak mengira lapisan umur, agama mahupun bangsa yang meminati dan obses terhadap aktiviti sukan sebegini. Program ini juga jelas memberi banyak manfaat kepada peserta seperti membentuk gaya hidup sihat serta memelihara alam sekitar daripada pencemaran.

Para peserta Community Ride ini tidak dikenakan sebarang yuran pendaftaran malah peserta diberikan  baju dan medal sebagai tanda kenang-kenangan. Bukan itu sahaja, bahkan lebih 50 hadiah turut disediakan bagi cabutan bertuah. Hadiah utama bagi cabutan bertuah merupakan dua buah motorsikal.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor dalam ucapannya juga turut mengucapkan terima kasih kepada penaja program dan para peserta yang sudi menyertai kayuhan secara santai Community Ride ini bagi memupuk gaya hidup sihat serta mengeratkan hubungan silaturahim sesama komuniti.

Show More

Related Articles