Kontijen Putrajaya Membawa Cabaran Ke Kuantan

Kontijen Putrajaya Membawa Cabaran Ke Kuantan

Seramai 54 orang pelajar terdiri daripada pasukan Bawah-12, Bawah-15 dan Bawah-18 membawa cabaran kontinjen Wilayah Persekutuan Putrajaya pada Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah Sekolah Malaysia 2017 di Kuantan, Pahang.

PRESINT 9 – Seramai 54 orang pelajar terdiri daripada pasukan Bawah-12, Bawah-15 dan Bawah-18 membawa cabaran kontinjen Wilayah Persekutuan Putrajaya pada Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah Sekolah Malaysia 2017 di Kuantan, Pahang.

Jurulatihnya, Engku Nazaruddin Engku Mohd Nawi, 37, berkata, beliau berasa gembira dengan pasukannya dan tidak menyangka akan mewakili kejohanan Bola Sepak MSSM 2017 tahun ini.

“Kejohanan ini adalah kali pertama untuk pasukan kami, dari situ kami akan buat bersungguh untuk membawa nama baik Putrajaya.

“mereka akan sedaya upaya melakar kejuaraan pada Kejohanan ini serta terus berusaha untuk berjaya di masa akan datang,” jelasnya ketika ditemui.

Nazaruddin berterima kasih kepada penaja-penaja yang banyak memberi sumbangan kepada pasukan kami terutama kepada Datuk Najmuddin Hamidi kerana menaja kami baju jersey untuk kejohanan ini.

Ketua Pasukan Bawah 18 tahun, Luqman Hakeem berkata beliau berasa gembira apabila pasukannya dapat mewakili Kejohanan ini buat kali pertama.

“Saya tidak pernah terbayang mampu pasukan saya terpilih untuk mewakili ke Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah Sekolah Malaysia 2017 sebagai ketua pasukan, saya akan terus berusaha untuk mencorak pasukan saya kerana saingan di sana tentu hebat,” jelasnya.

Beliau juga berharap kejohanan pertama ini akan berhasil dengan membawa pulang kemenangan nanti.

Majlis perlepasan telah disempurnakan oleh, Penaja Pasukan, Datuk Najmuddin Hamidi bersama Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan Putrajaya, Datuk Nordin Hassan.