MyBerita

Kerajaan Futuristik dan Prihatin

PRESINT 2 – Majlis Bicara Minda dan Sesi Dialog bersama Dato Razali Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Datuk Lokman Noor Adam, Pengarah Komunikasi Strategik Kementerian Kewangan diadakan di Dewan Serbaguna Menara Sri Wilayah, Kementerian Sri Wilayah Putrajaya baru-baru ini.

Majlis ini telah dianjurkan oleh Biro Penerangan UMNO Malaysia bersama Kementerian Wilayah Persekutuan. Datuk Shamsul Najmi Shamsuddin selaku moderator memulakan majlis dengan memperkenalkan latar belakang ahli panel. Pelbagai isu yang dikupas dalam forum tersebut seperti isu kenaikan harga barang dan kos hidup, pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan kenaikan harga minyak.

Namun, penekanan oleh ahli panel dalam majlis ini ialah mengenai penerapan elemen futuristik dan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat dalam pelbagai aspek kehidupan rakyat Malaysia bermula daripada soal pekerjaan, kemudahan awam dan sebagainya.

“Ramai yang nak jadi cikgu sebab Perdana Menteri telah tingkatkan taraf dan gaji penjawat awam dan semua berebut nak jadi cikgu sampai (Universiti Perguruan Sultan Idris) UPSI complain tak dapat masuk ke perkhidmatan perguruan kerana kita hanya ambil daripada Institut Pendidikan Guru IPG sahaja. Perubahan-perubahan ini sedang kita lakukan dan mahukan sokongan daripada rakyat bahawa apa yang dilakukan bukan kepentingan mana-mana pihak tetapi untuk kesejahteraan bersama.

“Dulu buat highway semua marah sebab membazir, kenapa buat lebuhraya orang kampung tak ada jalan, hari ni makan angin, marah cakap kenapa buat dua lorong patut buat empat lorong.

“Tapi kalau dengar cakap orang yang marah, kita tak ada Putrajaya. Putrajaya buat pembangunan kerajaan dalam 11 peratus, 45 peratus buat rumah kakitangan awam, 35 peratus masih lagi kawasan simpan, 9 peratus digunakan untuk kawasan komersial semua ada kemudahan. Keadaan ini merupakan satu futuristik thinking untuk menjimatkan perbelanjaan kerajaan. Hari ni tak ada orang yang boleh tentukan harga rumah di Putrajaya kecuali kerajaan. Malah 2 billion yang diletakkan di Putrajaya belum habis dibelanjakan.

“Kerajaan Barisan Nasional bukannya cerita benda hari ni tapi Kerajaan Barisan Nasional ialah Futuristik sentiasa memikirkan masa depan negara.

“Memang perkara yang kita buat ni tak popular tetapi itulah yang bakal memberi masa depan yang lebih baik untuk negara kita. Barisan Nasional dah buatkan daripada dulu lagi sebelum, semasa dan selepas merdeka. Dikritik, dihentam dan dikutuk kita tetap istiqamah dan hari ni kita dalam keadaan lebih selesa berbanding dulu dan terus berjaya mengekalkan kerajaan yang sedia ada, ” kata Dato Razali Ibrahim dalam ucapannya baru-baru ini.

 

Show More

Related Articles