MySukan

Kejohanan Sukan Golf Surau- surau Putrajaya Eratkan Silaturahim

PUTRAJAYA- Kejohanan Golf Antara Surau Jumaat Putrajaya Kali Pertama 2017 telah dianjurkan oleh Surau Ar Rahim bersama Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (WP) Sub Zon I bertempat di Kelab Golf Universiti Putra Malaysia baru-baru ini.

Pengerusi program, Datuk Ghazali Hassan dari Surau Ar Rahim berkata, program ini diadakan adalah untuk memperkenalkan sukan golf kepada pihak surau seperti imam dan bilal sekaligus dapat mengeratkan silaturahim sesama penduduk.

“Daripada 15 Surau Jumaat ini, 14 buah Surau Jumaat yang mengambil bahagian dengan pernyertaan seramai 64 orang peserta. Saya juga berasa begitu teruja dan tidak sangka kerana saya hanya menganggarkan ahli surau yang menyertai program ini hanya seramai 30 orang sahaja tetapi ternyata ianya di luar jangkaan saya,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Tegas beliau, setiap surau juga akan menganjurkan salah satu sukan seperti Surau Al- Munawarrah sukan memanah, Masjid Al-Mizan sukan ping pong dan bagi Surau Al-Iman pula sukan badminton.

Program yang diadakan julang kali ini akan menjadi program tahunan pihak surau kerana mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pihak surau yang lain.

 

 

Show More

Related Articles