Jutaan Tonton Video ISS 2013

Jutaan Tonton Video ISS 2013

Rakaman tahun 2013 yang menjadi viral.

WASHINGTON – AMERIKA SYARIKAT – Video yang disiarkan secara langsung dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) menerusi laman sosial Facebook tarik minat jutaan penonton.

Melihat keindahan ciptaan tuhan dari ISS itu ditonton hampir 17 juta pelayar melalui laman Facebook Unilad manakala 26 juta pelayar di Viral USA.

Namun tiada siapa yang tahu, video tersebut merupakan rakaman lama oleh angkasawan Rusia pada tahun 2013 dan angkasawan Terry Virts 2015 di Viral USA.

NASA memberitahu orang ramai dilihat begitu teruja dan berminat terhadap angkasa lepas apabila melihat jumlah tontonan di kedua-dua laman tersebut.

Menurut Nasa, orang ramai yang mahu melihat video rakaman sebenar boleh melayari laman rasmi Facebook atau Twitter Nasa atau ISS.

Sementara itu, Uniland berkata, mereka memuatnaik video streaming lama tersebut bagi menguji sejauh mana keupayaan ciri siaran langsung yang ada pada Facebook.