MyBerita

‘Jom Sahur!’ IOJ Dekati Golongan Kurang Bernasib Baik

KUALA LUMPUR- Dalam usaha mengalakkan amalan bersedekah dan amal jariah pada bulan Ramadan Al-Mubarak, Institut Onn Jaa’far (IOJ) telah mengedarkan pek makanan kepada golongan kurang bernasib menerusi program ‘Jom Sahur!’ sepanjang Ramadan ini.

Program tersebut diadakan setiap Rabu selepas 12 malam yang menyasarkan golongan kurang berkemampuan dan gelandangan sekitar ibu negara.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif IOJ, Charles Mohan, Jom Sahur! merupakan sebahagian daripada program ‘Jom Bekpes!’ iaitu kempen agihkan sarapan yang merupakan ilham Penaung IOJ merangkap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

“Program ini dijalankan serentak di tiga lokasi iaitu Pusat Transit Gelandangan, KL Krash Pad (Jalan Tuanku Abdul Rahman) dan Jalan hang Lekiu (berdekatan Jalan H.S Lee). Lokasi ini dipilih berdasarkan tempat-tempat yang sering gelandangan berkumpul.

“Sebanyak 500 pek makanan berisi nasi goreng, sandwicd dan air minuman yang diagihkan oleh 44 sukarelawan yang terdiri daripada mahasiswa-mahasiswa Universiti Kuala lumpur (UniKL), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka,¬†Universiti Selangor (UNISEL), Twintech International University College of Technology, Help University, Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) dan Management and Science University (MSU),’ katanya ketika dihubungi MyPutrajayaNews di sini, hari ini.

Tambah Mohan, program berkenaan merupakan program kemasyarakatan yang mendekati dan membantu golongan kuarang bernasib baik dimana golongan tersebut tidak perlu bimbang tentang makanan.

“Selain meraikan golongan tidak berkemampuan, program ini bertujuan menyuburkan rasa tanggungjawab membantu golongan ini di kalangan generasi muda, di samping mengambil kesempatan dalam mempertingkatkan pahala ibadah

“Program ini jelas menunjukkan keprihatinan dan kesantunan masyarakat Malaysia yang tidak meminggirkan golongan yang tidak bernasib baik sebagai perkongsian atas nama kemanusiaan,” jelasnya.

Mohan turut mengesa orang ramai khususnya belia-beliawanis untuk datang dan menjadi sukarelawan bagi menjayakan program berkenaan.

“Kepada yang berminat, sila layari laman media sosial Facebook dan laman web IOJ untuk mendapat maklumat lanjut mengenai program dan aktiviti yang dirancang oleh kami,” katanya.

Via
Teks: Azlan Jusoh
Source
Foto: FB Institut Onn Jaafar (IOJ)
Show More

Related Articles