Jom Membeli-belah Di ‘WWA 2016’

Jom Membeli-belah Di ‘WWA 2016’

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan program berkenaan.

KUALA LUMPUR- Sebagai persiapan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia meneruskan acara tradisinya iaitu ‘Warna-Warni Aidilfitri (WWA) 2016’

Sejak diperkenalkan pada tahun 2003, program tersebut akan diadakan di Kompleks  Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay mulai 22 Jun hingga 3 Julai depan.

Menariknya, ia membabitkan penyertaan 200 usahawan kraf dari seluruh negara dimana bertujuan menggalakkan penyertaan usahawan kraf dan perkhidmatan Aidilfitri dalam memasarkan produk kraf terus kepada pengguna serta pengunjung.

Selain itu, ia memberi lebih peluang kepada orang ramai membuat persiapan Aidilfitri pada saat-saat akhir.

WWA 2016 mengetengahkan pelbagai aktiviti pelbagai seperti jualan kraf dan perkhidmatan Aidilfitri oleh usahawan-usahawan kraf, pameran dan jualan produk kraf baru Aidilfitri, pameran produk kraf warisan, demonstrasi produk kraf (Songkok,Tekat Benang Emas, Jahitan Tenun Pahang, Songket, Pembuatan Acuan Blok Tembaga, Kayu & Batik Blok), interaktif kraf (Anyaman Ketupat) dan demonstrasi kuih dan juadah tradisi Aidilfitri.

Turut diadakan, Pertandingan Dodol Ria Alidifitri, Sulamain Selendang Paya dan Memasak Kuih Bahulu kebabom buat pengunjung yang berminat.

Penganjuran WWA 2016 yang memasuki tahun ke-12, digharapkan dapat terus mengetengahkan Kompleks Kraf Kuala Lumpur sebagai Pusat Kraf Setempat.

Layari www.kraftangan.gov.my untuk maklumat lanjut.