MyBerita

Inilah Kuasa Wanita Kembali Lebih Berani

PRESINT 2 – Program Konvoi Berbasikal Wanita 2018 (KBW2018) yang bertemakan ‘Inilah Kuasa Wanita’ telah diiktirafkan Malaysia Book of Record (MBOR) akan kembali lebih berani bagi edisi kedua dengan mensasarkan pencapaian rekod lain. Program ini akan diadakan sempena Hari Wanita Sedunia pada 10 Mac 2018 di Dataran Putrajaya.

Menurut Penaung Badan Amal Kasih Ibu Wilayah Persekutuan, Datin Seri Utama Anggraini, awal tahun ini program ini telah diiktirafkan MBOR seramai 11,412 peserta wanita direkodkan dan harapan yang tinggi pula bagi tahun hadapan untuk memecahkan rekod dengan pernyertaan seramai 12,000 peserta.

“Jadi kepada semua wanita daripada pelbagai peringkat umur sila kumpulkan rakan-rakan sekerja anda, keluarga serta datang bersama untuk memeriahkan lagi program ini.

“Turut serta menyertai dan memeriahkan lagi program kami tahun ini ialah selebriti tempatan seperti Vanida Imran, Linda Onn, Serina Redzuwan, Maznah Zolkifli, Sharifah Haslinda, Betty Banafe dan Zahida Rafik. Manakala bagi peserta antarabangsa pula terdiri dari negara Australia, Indonesia dan Singapura turut hadir bagi menceriakan suasana pada hari tersebut,” jelasnya.

Ujarnya, beliau ingin memberi pengalaman yang tidak dapat dilupakan bagi semua yang hadir serta berharap sasaran peserta yang lebih ramaiĀ  mengambil bahagian pada kali ini.

Selain itu, Putrajaya adalah tempat yang terbaik untuk berbasikal kerana ia mempunyai kemudahan yang lengkap dengan keadaan struktur jalanraya yang sempurna sekaligus acara ini dapat berjalan lancar serta bebas daripada kemalangan.

Sehubungan itu, program ini diharap dapat memperkasakan golongan wanita serta menggalakkan mereka menjalani gaya hidup yang seimbang dan sihat.

Show More

Related Articles