Hasil Kraftangan Di Muzium Alam Semulajadi.

Hasil Kraftangan Di Muzium Alam Semulajadi.

Antara kraftangan yang dihasilkan oleh pengunjung di Muzium Alam Semulajadi.

PRESINT 15 – Muzium Alam Semulajadi Putrajaya menganjurkan program kreativiti hujung minggu kepada pengunjung bersempena pameran Permata Lautan, baru-baru ini.

Penolong Kurator Unit Pameran Pendidikan dan Khidmat Seranta, Norshidah Mohd Mastura berkata, program tersebut terbuka kepada semua pengunjung kanak-kanak tanpa mengenakan sebarang yuran.

Tambahnya lagi, kesemua barangan telah disediakan oleh pihak muzium dan peserta boleh menyiapkan sebarang hasil kraftangan.

“Antara kraftangan yang sering dihasilkan oleh peserta seperti bekas letak pensil, bingkai gambar, dan juga miniature peacock.

“Alhamdulillah, baru minggu pertama namun sambutannya sangat menggalakan,” jelasnya ketika dihubungi.

Sementara itu, Norshidah memberitahu setiap penyertaan oleh anak-anak perlu diawasi oleh ibu bapa kerana tiada penjaga khas disediakan sepanjang aktiviti tersebut.

Aktiviti tersebut akan berubah setiap bulan mengikut pihak penganjur sehingga tamatnya pameran pada 30 Oktober ini.

Orang ramai yang ingin menyertai boleh berkunjung ke Muzium Alam Semula Jadi pada hari Sabtu dan Ahad, bermula jam 11.00 pagi hingga 12.00 tenghari (sesi pertama) 2.30 petang hingga 3.30 petang (sesi kedua).