Hari Anugerah Cemerlang SMKPP 14(1)

Hari Anugerah Cemerlang SMKPP 14(1)

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 14(1), Ruslan Abd Rahman (tengah) sempat bergambar kenangan bersama Pelajar yang menerima Anugerah Pencapaian Terbaik Pelajar SPM 2016 bertempat di Dewan Inspirasi SMKPP14(1).

PRESINT 14 – Hari Anugerah Cemerlang 2016 bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 14 (1) merupakan acara tahunan yang bertujuan memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada para pelajar dan guru-guru bertempat di Dewan Inspirasi SMKPP14(1), baru-baru ini.

Anugerah Pencapaian Terbaik Pelajar SPM 2016 telah diberikan kepada Mohammad Iffat Azaim Azmannee dengan pencapaian GPA 3.63.

“Saya bersyukur dan seronok kerana dapat membanggakan ibu bapa saya dengan keputusan yang diperolehi ini.

“Sebelum SPM sebenar bermula saya telah membuat ulangkaji sendirian dan memberi fokus yang sepenuhnya semasa didalam kelas,” jelasnya selepas Hari Anugerah Cemerlang 2016, di sini.

Beliau berharap dengan keputusan yang diperolehi ini dapat melanjutkan pembelajaran sebagai seorang kejuruteraan dan berjaya untuk masa hadapan.

Sementara itu, turut dapat purata yang baik bagi aliran Kemanusian, Nur Hadirah Zakaria masih tidak percaya dengan keputusan yang diterima.

“Saya ingin berterima kasih kepada guru-guru serta ibu bapa yang banyak membantu meluangkan masa untuk mengajar.

“Walaupun susah bagi saya untuk menjawab soalan SPM, Alhamdullilah dengan segala persiapan seperti menghadiri kelas petang yang diadakan guru setiap hari membantunya menjawab soalan dengan baik,” jelasnya.

Dalam pada itu, Nur Yasmeen Dafeena Mohd Afir membawa pulang sijil terbaik SPM Aliran Sains merasakan segala persiapan yang dibuat sebelum peperiksaan sebenar banyak membantunya.

“Dengan mengulangkaji bersama rakan-rakan kelas mahupun bercampur rakan kelas yang lain saya dapat bertukar padangan, menambah ilmu bersama dan berkongsi maklumat yang memerlukan, dengan cara sebegini saya lebih yakin menduduki peperiksaan tahun lepas,” katanya.

Tambahnya lagi, dengan kejayaan ini beliau berpeluang untuk melanjutkan pengajian di Universiti nanti dalam bidang kedoktoran.

Majlis telah disempurnakan oleh Pengurus Besar, Yayasan Bank Rakyat, Norashikin Shaharudin.