Hai Encik iPhone 7

Hai Encik iPhone 7

Encik iPhone Sim bersama iPhone 7 diterimanya.

KIEV – UKRAINE – Hanya kerana iPhone 7, seorang lelaki Ukraine membuat keputusan menukar namanya secara rasmi kepada iPhone 7 selepas sebuah kedai elektronik menawarkan produk terbaru Apple kepada lima orang pertama bernama ‘iPhone 7’.

Berumur 20 tahun, iPhone Sim (tujuh) atau nama sebenarnya Olexander Turin menerima hadiah tersebut pada Jumaat baru-baru ini.

Menurut AP, iPhone dikatakan akan menukar semuala kepada nama asalnya ketika dia mempunyai anak kelak.

Harga telefon bermula pada $850 (RM 3,571) di Ukraine, manakala kos mengubah nama hanyala bersamaan $2 (RM8.40)

Sementara itu rakan dan keluarga lelaki itu pada mulanya agak terkejut dengan tindakannya namun akhirnya menyokong idea tersebut.

“Ia adalah sukar untuk menerima dan mempercayainya, namun setiap orang didunia ini memerlukan cara untuk mengekperisasikan diri sendiri,” kata kakak iPhone, Tetyana Panina.