MySekolah

Graduasi Prasekolah Tingkat Keyakinan Murid

PRESINT 9 – Seramai 81 murid prasekolah Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (2) diraikan dalam Majlis Graduasi Prasekolah di Dewan Baiduri SKPP 9 (2), di sini.

Pengurus Program Norhayati  Rashid berkata, program graduasi ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan dan menghargai kecemerlangan murid-murid setelah tamat sesi pembelajaran.

Sehubungan itu, Majlis Graduasi Prasekolah ini juga dapat meningkatkan keyakinan murid menerusi penglibatan aktif terhadap beberapa persembahan yang diadakan. Malah, ibu-bapa yang hadir pada majlis graduasi ini dapat menyaksikan  bakat yang terpendam dalam diri anak-anak mereka melalui persembahan yang dipertontonkan.

Beliau berharap agar murid-murid prasekolah tahun  2017 akan mencapai kejayaan yang lebih besar selepas menamatkan alam prasekolah seterusnya menjadi modal insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Show More

Related Articles