Demi Internet Sanggupkah Anda?

Demi Internet Sanggupkah Anda?

Mampukah anda selesaikannya?

TEXAS – AMERIKA SYARIKAT – Jika di Malaysia anda boleh tergamam dengan kata laluan sepert ‘makandulu’, ‘tehais’, ‘nakapa’ dan banyak lagi untuk menggunakan WiFi secara percuma di restoran mahupun kedai kaki lima.

Namum lain berlaku di restoran masakan Thai di San Antonio apabila pelanggan hanya boleh menggunakan WiFi percuma yang disediakan selepas menyelesaikan satu soalan matematik, lapor Huffington Post.

Bukan 1+1 atau 4-2, kata laluan restoran menjadi viral setelah seorang pelanggan meminta pertolongan dari pakar matematik di atas talian Jumaat lalu di laman Reddit.

Joshua_Glock terpaksa meminta bantuan pakar untuk membantunya memecahkan kata laluan itu bagi akses WiFi percuma.

Soalannya mendapat banyak perhatian malah sesetengah daripada mereka turut membantu menawarkan jalan penyelesaian kepada soalan tersebut.

Bagaimanapun ada juga yang mengatakan bahawa soalan tersebut salah atau mengandungi helah. Setakat ini, masih belum ada yang berjaya memecahkan soalan tersebut.