MyPresint

Dari Putrajaya Shangri-La ke Pulse Grande Hotel

PRESINT 1 – Mulai 1 Januari 2018, Putrajaya Shangri-La akan dikenali sebagai Pulse Grande Hotel Putrajaya dan merupakan hartanah pertama di bawah jenama Kumpulan Pulse Grande Hotel. Pengumuman tersebut dibuat oleh Dato’ Badlishah Ahmad, Ketua Eksekutif Kumpulan, Putrajaya Leisures and Services Group Sdn Bhd (Pulse Group) semasa Majlis Pelancaran dan Menandatangani Perjanjian antara Pulse Group dan Convention and Exhibition (Putrajaya) Sdn Bhd (Co-X).

Majlis telah disempurnakan oleh Datuk Rashidi Hasbullah, Ketua Setiausaha Utama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. Pelancaran ini merupakan satu mercu tanda bagi Pulse Grande Hotel sebagai satu kumpulan dan permulaan aktiviti penjenamaan semula Pulse Grande Hotel yang dahulunya dikenali Putrajaya Shangri-La bertukar kepada hartanah pertama mereka. Co-X, anak syarikat Pulse Group telah dilantik untuk memberi khidmat kepada pengurusan dan operasi hartanah Pulse Grande Hotel.

Pada majlis yang sama, Pulse Grande Hotel turut mengukuhkan polisi mereka dengan membenarkan kakitangan wanita yang berhijab untuk bertugas di kaunter hadapan hotel lantas menjadikan hotel tersebut sebagai Hotel Bertaraf Lima Bintang yang pertama di Putrajaya melaksanakannya.

“Kami menentang sebarang diskriminasi agama, bangsa dan pemakaian dalam kalangan kakitangan serta polisi ini akan berterusan’.

”Ini adalah sejajar dengan kenyataan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia yang mengatakan agar pengendali hotel di Malaysia menghentikan semua dasar diskriminasi yang dikenakan ke atas kakitangan mereka, terutama yang bekerja di kaunter hadapan, ” tegas Dato’ Badlishah Ahmad ketika ditemui hari ini.

 

Show More

Related Articles