‘Cyberview Resort and Spa’ Saji 250 Hidangan Bulan Ramadhan

‘Cyberview Resort and Spa’ Saji 250 Hidangan Bulan Ramadhan

Chef Imran menunjukkan udang harimau segar yang boleh dipilih oleh pelanggan untuk di goreng

Cyberjaya – Bersempena bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, Cyberview Resort and Spa di sini, memperkenalkan promosi berbuka puasa iaitu ‘Buffet Ramadhan 2016’ yang menawarkan lebih 250 jenis hidangan terdiri daripada juadah warisan melayu.

Chef Eksekutif, Imran Hamid berkata, pelbagai jenis hidangan akan disediakan antaranya udang harimau segar yang masih hidup digoreng terus bagi mengekalkan rasanya, ‘Mexican Churros and Beignets’, gulai kawah dan sebagainya.

“Penyediaan rempah ratus yang dibuat sendiri oleh kami sudah semestinya memberi kelainan kepada pelanggan ketika menikmati hidangan berbuka puasa.

“Selain itu, pihak kami turut membuat kelainan dengan mewujudkan ‘Kidz Zone’ bagi kanak-kanak yang menyajikan pelbagai jenis juadah antaranya popcorn, biskut dan sebagainya.Pelanggan juga tidak perlu khuatir untuk mencari ruang solat kerana pihak kami turut menyediakan surau bagi kemudahan pelanggan yang berbuka puasa di sini,” jelasnya lagi.

Tambah Imran, sambil menjamu selera, pengunjung juga bakal berpeluang memenangi ‘Cabutan Bertuah’ dengan hadiah bersiar-siar sekitar Cyberjaya dan Putrajaya menaiki belon udara panas.

Pakej berbuka puasa itu akan bermula pada 7 Jun sehingga 5 Julai 2016 dengan kadar bayaran sebanyak RM138.00 bagi dewasa dan RM69.00 untuk kanak-kanak.

Untuk tempahan early bird boleh berhubung di talian 03 – 8312 7091/7092.

Dewasa – RM 138 nett
Kanak-kanak – RM 69 nett
Early Bird (Minggu Pertama dan Keempat Ramadhan) – RM 95
Early Bird (7 Jun – 5 Julai) – RM 95