Jalan-Jalan

Best Ke Taman Putra Perdana

PERNAH anda ke Taman Putra Perdana, Putrajaya ?? Mungkin ada yang pernah dan kebarangkalian masih ramai tidak mengetahui kewujudan lokasi riadah tersebut terutama pengunjung pertama kali ke Putrajaya.

Sebenarnya Taman Putra Perdana antara lokasi yang terawal ketika pembukaan Putrajaya dan mempunyai kisah serta keunikkan tersendiri berbanding taman-taman lain di kawasan sekitarnya.

Terletak di Presint 1 atau lebih mudah ditemui jika kita menamakannya ‘Bulatan Besar Putrajaya’, taman tersebut mempunyai keluasan tanah sehingga 158 ekar termasuk kawasan riadah dan tanaman.

Namun bukan keluasan yang hendak di ceritakan tetapi apa yang anda boleh temui jika berkunjung ke kawasan tersebut bersendirian atau bersama keluarga.

Mercu Tanda Putrajaya, itulah anda boleh temui di Taman Putra Perdana, Putrajaya yang merupakan simbolik dan kebanggaan rakyat Malaysia pada suatu ketika dahulu.

Ketika pertama kali dirasmikan oleh mantan perdana menteri keempat iaitu Tun Dr. Mahathir Mohammad pada 29 Ogos 1995, ramai juga tidak mengetahui bahawa terdapat satu rahsia di sebalik mercu tersebut.

Mercu berketinggian 78 meter itu dibina berbentuk piramid dan terdapat ‘Kapsul Masa’ di hadapannya yang telah diletakkan sendiri oleh Mahathir tetapi tiada siapa tahu apa akan kandungannya.

Jika anda berkelapangan boleh la singgah melihat sendiri apa yang diceritakan oleh penulis dan jangan lupa untuk mengambil masa lama untuk jelajah seluruh kawasan tersebut.

Anda juga boleh melihat sebahagian kawasan Putrajaya dari kawasan Taman Putra Perdana dengan teropong disediakan mahupun dengan mata sendiri.

Kalau bersama keluarga, penulis cadangkan anda memanfaatkan kawasan tersebut untuk beriadah sambil mengeratkan silaturahim dengan melakukan pelbagai aktiviti di situ kerana terdapa juga tempat permainan kanak-kanak.

Peminat alam semulajadi sangat digalakkan melawati taman tersebut kerana terdapat 54 jenis pokok yang telah ditanam dan pelbagai jenis bunga-bunga dari dalam dan luar negara.

Taman Putra Perdana dibuka setiap hari namun kawasan tersebut hanya boleh dikunjung pada waktu-waktu tertentu seperti hari bekerja mula jam 7 pagi sehingga 8 malam manakala hujung minggu sehingga 10 malam.

Tunggu apa lagi, jom rancang hujung minggu anda dengan aktiviti-aktiviti bermanfaat sambil mengambil peluang belajar sejarah mengenai Putrajaya dan taman-tamannya.

Show More

Related Articles