Badan Amal Kasih Ibu Rai Jururawat di Putrajaya

Badan Amal Kasih Ibu Rai Jururawat di Putrajaya

Anggraini (tengah) sempat merakamkan gambar kenangan bersama jururawat Hospital Putrajaya, Presint 9, Sempena Hari Jururawat Sedunia 2017.

PRESINT 2 – Sambutan Hari Jururawat yang dirai pada 12 Mei setiap tahun bagi menghargai sumbangan jururawat terhadap masyarakat dan tanggungjawabnya kepada dunia adalah sangat penting.

Persatuan Badan Amal Kasih Ibu Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Biro Kebajikan UMNO Bahagian Putrajaya mengambil inisiatif meraikan para jururawat di seluruh Putrajaya.

Hampir 2,000 jururawat sekitar Putrajaya diraikan pada tahun ini yang diadakan di Hospital Putrajaya Presint 9, Hospital Kanser Negara Presint 9, Klinik Kesihatan Presint 9 dan Klinik-kilik di Putrajaya.

Majlis berlangsung dengan kehadiran isteri Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Pengerusi Badan Amal Kasih Ibu Wilayah Persekutuan, Datin Seri Utama Anggraini Sentiyaki yang menyumbang kek sebagai tanda terima kasih di setiap lokasi dikunjung.

Dalam ucapanya, Anggraini berterima kasih kepada jururawat diseluruh negara terutamanya di Putrajaya yang tidak mengenal erti penat lelah dalam memberi perkhimatan yang cemerlang dan terbaik kepada masyarakat.

“Sebagai jururawat mereka memerlukan pengorbanan dan kesabaran yang tinggi dalam menghadapi pelbagai ragam pesakit yang perlu dirawat,”katanya.

Tambahnya lagi, beliau berharap agar para jururawat di seluruh negara akan meningkatan usaha mereka dalam melaksanakan tugas dan memberikan penjagaan yang terbaik kepada orang ramai.