Sambutan Hari Guru Sekitar Putrajaya Disambut Meriah

Sambutan Hari Guru Sekitar Putrajaya Disambut Meriah

Anggraini (tengah) kelihatan ingin meyuapkan sepotong kek kepada salah seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 16(1), baru-beru ini.

PUTRAJAYA – Sambutan Hari Guru sekitar Putrajaya berlangsung penuh meriah dengan pemberian kek kepada setiap sekolah oleh Isteri Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Pengerusi Badan Amal Kasih Ibu, Datin Seri Utama Anggraini Sentiyaki.

Anggraini memberitahu sumbangan dari para guru kepada pelajar amat ternilai terutama dalam melahirkan generasi belia berkualiti, berguna dan berketerampilan mulia.

“Saya ingin mengucapakan ribuan terima kasih tidak terhingga kepada semua guru di sekitar Putrajaya kerana sudi mendidik anak-anak saya walaupun terpaksa menghadapi beberapa cabaran kecil serta banyak memberi sumbangan kepada sekolah.

“Kelihatan para guru dan pelajar yang hadir turut berasa teruja dengan sambutan hari guru pada kali ini,” katanya.

Di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 16 (1), para pendidik dirai meriah dengan beberapa aktiviti seperti persembahan istimewa dari pelajar dan guru sendiri.

Selain itu, mereka turut membawa kelainan apabila para guru mengenakan pakaian buasana Arabian bersama pelbagai perhiasan seperti memakai nikap dan berjubah putih bagi guru lelaki.

Di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 14 (1), pelajar sekolah meraikan guru-guru dengan mengadakan persembahan dari sukarelawan Putrajaya, V4Putrajaya. Turut hadir bersama memeriahkan majlis Setiausha Sulit Kanan Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Rahimi Rejab.