SKPP 8(1) Raikan Hari Lahir Murid-Murid

SKPP 8(1) Raikan Hari Lahir Murid-Murid

Guru Besar SKPP 8 (1), Naemah Ismail menyampaikan hadiah kepada murid yang meraikan ulang tahun di bulan mac hingga mei.

PRESINT 8 – Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint (SKPP) 8(1) mengadakan Sambutan Perdana Majlis Hari Lahir Bulan Mac hingga Mei 2017 bertemakan 1 Murid 1 Makanan bertempat di bilik darjah.

Menurut Guru Besar SKPP 8 (1), Naemah Ismail, program ini dianjurkan bertujuan memberi murid-murid merasa seronok dan gembira apabila hadir ke sekolah.

Selain itu, program ini juga melibatkan penyertaan ibu bapa dalam menyumbang makanan serta kek untuk majlis tersebut.

“Saya mengadakan program ini sempena hari guru serta meraikan tamatnya peperiksaan pertengahan tahun.

“Ini adalah kali pertama kami membuat di bilik darjah masing-masing kerana sebelum ini kami meraikan hari lahir murid di pentas utama,” jelasnya.

Beliau berharap agar murid-murid saling sayang-menyayangi antara satu sama lain serta terus menghargai pengorbanan ibu bapa dan guru-guru yang sanggup menyediakan majlis seperti ini.

Menurut adik Santosh, 7, dia berasa seronok kerana guru-guru menyambut hari lahirnya bersama rakan-rakan yang lain.

“Ini merupakan kali pertama hari lahir saya di sambut dengan pelbagai juadah yang di sediakan oleh guru dan ibu bapa,” katanya.

Santosh berharap agar majlis sebegini akan diteruskan lagi agar rakan-rakan lain dapat merasai sambutan seperti ini.