Sarapan Pagi Terbesar MILO Meraikan 25,000 Peserta

Sarapan Pagi Terbesar MILO Meraikan 25,000 Peserta

PRESINT 4 – Sarapan Pagi Terbesar MILO meraikan acara penutup untuk tahun 2017 di Putrajaya dengan kehadiran seramai 25,000 peserta baru-baru ini.

Nestle Malaysia menganjurkan program di beberapa lokasi di negeri yang terpilih iaitu Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Sabah, Kuching, Johor Bharu, Kuatan, Kota Baharu dan Putrajaya menjadi lokasi terakhir program pada tahun 2017.

Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan MILO, Philomena Tan berkata, sepanjang program berlangsung kami telah mencatatkan sejarah apabila menghimpunkan seramai 60,000 peserta mengambil bahagian dalam sepanjang aktiviti diadakan.

Menurutnya, tahun ini mereka ingin mendidik ibu bapa tentang sarapan bersama MILO yang membantu melepaskan tenaga dengan lebih berkesan.

“Selain iu, MILO merupakan penyokong dan pemboleh yang hebat dalam menggalakkan individu serta keluarga menjalani hidup dengan lebih sihat,”  katanya.

Tahun ini, kempen mensasarkan untuk mendidik ibu-bapa di seluruh negara tentang keperluan tenaga harian sebenar anak-anak mereka, dan pada masa yang sama menanam tabiat sarapan pagi lebih sihat di kalangan warga Malaysia.

Acara sarapan ini dimulakan dengan larian 3KM dan 5 KM bersertakan dengan aktiviti lain iaitu permainan tradisional chapteh, permainan papan bersaiz besar, giant bubbles, tarian buluh sambil dihiburkan oleh pelbagai persembahan Zumba dan Kumpulan Sorak.

Turut hadir menyempurnakan program ini ialah Naib Presiden Jabatan Perkhidmatan Bandar, Perbadanan Putrajaya, Datuk Azizi Ahmad Termizi.