The City Boys Sahkan Slot Piala Malaysia

The City Boys Sahkan Slot Piala Malaysia

De Paula (kiri) meraikan gol kemenangan menentang MISC-MIFA sekaligus membantu KLFA mengesahkan slot ke Piala Malaysia 2017.

PASUKAN Kuala Lumpur telah mengesahkan slot untuk beraksi dalam Piala Malaysia selepas menundukkan MISC-MIFA 2-1 dalam aksi Liga Perdana di Stadium Selayang, baru-baru ini.

Ketua Jurulatih, Fabio Magro berkata perlawanan tempoh hari merupakan perlawanan yang begitu sukar untuk melayakkan pasukanya beraksi ke saingan piala berprestij itu.

“Pada minit yang ke-12 pasukan kami telah ditewaskan oleh penyerang dari pasukan MISC-MIFA, Bodric Dimitri, tetapi pasukan kami tidak berputus asa untuk bangkit semula selepas Guilherme de Paula memastikan kemenangan pada penghujung perlawanan dengan memberi tandukan kepada pihak lawan” jelasnya.

Menurutnya lagi, kemenangan itu telah meletakkan skuad warga kota ditangga keempat liga dengan mengutip 20 mata manakala bagi pasukan MISC-MIFA di tangga ke-11 dengan hanya mengutip enam mata.

“Sasaran utama kami adalah ingin meletakkan pasukan dalam saingan Piala Malaysia, tetapi ternyata pasukan kami berjaya menyertai pertandingan itu,’katanya.

Tambahnya lagi, saya berasa begitu gembira dengan semangat kental pemain dan disiplin yang diterapkan dalam pasukan banyak membantu kerana telah bangkit semula menewaskan pihak lawan dan melayakkan diri di peringkat seterusnya.

“Tahniah dan syabas buat pasukan Kuala Lumpur kerana telah bermain bersungguh-sungguh dan mengharumkan lagi nama pasukan, saya berharap dalam pertandingan Piala Malaysia yang akan tiba nanti pasukan ini akan meneruskan lagi kemenangan,” Ujarnya.