Belanja RM7 Juta Hapuskan Tikus

Belanja RM7 Juta Hapuskan Tikus

PARIS – Datuk Bandar Paris memaklumkan bahawa mereka akan membelanjakan 1.5 juta euro (RM7 juta) bagi memerangi ancaman tikus di sekitar bandar tersebut.

“Kita juga akan menempatkan lebih banyak tempat abu rokok di sekitar ibu negara Perancis tersebut.

Rancangan 10 perkara yang menjadikan kebersihan sebagai tujuan utama itu didedahkan Anne Hidalgo menerusi wawancara bersama akhbar Journal du Dimanche.

Langkah itu termasuk menambah jumlah pekerja kebersihan dan pemeriksa kesihatan serta melanjutkan tempoh mengutip sampah. – AFP