Dulu Penjual Teh, Kini Penjual Sayur

Dulu Penjual Teh, Kini Penjual Sayur

Antara foto Kusum yang menjadi viral

NEPAL – Dahulu penjual teh kacak menjadi perhatian netizen di laman sosial, kini muncul pula seorang gadis penjual sayur untuk berada di hati anda.

Kusum Shrestha, 18, yang bekerja sebagai penjual sayur mula menjadi bualan netizen selepas fotonya di muat naik.

Menariknya fotonya yang lain seperti sedang membawa epal juga dimuatnaik dengan hashtag #Sabjiwali dan #Tarkariwali yang bermaksud ‘penjual sayur’.

Ketika ditemubual oleh BBC, Kusum memberitahu beliau hanya membantu perniagaan ibu bapanya.

“Saya hanya mendapat tahu selepas ada rakan-rakan bertanyakan mengenai gambar sedang viral itu.

“Ketika foto itu diambil oleh jurugambar, RupChandra, saya sedang membantu ibu bapa dan tidak sedar beliau merakam detik itu,” jelasnya.

Warga laman sosial memuji-muji kecantikan Kusum dan mengusik beliau patut menjadi pasangan penjual teh kacak, Arshad yang berasal dari Pakistan.