100 Jemaah Hadiri Kuliah Khas Maal Hijrah

100 Jemaah Hadiri Kuliah Khas Maal Hijrah

Sebahagian jemaah wanita yang tidak melepaskan bersama menjayakan program ilmu di Surau Al- Falah, baru-baru ini.

PRESINT 9 – Kira-kira 100 orang penduduk hadir menjayakan Kuliah Khas Maal Hijrah 1438H/2016M disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail di Surau Al-Falah Presint 9, baru-baru ini.

Muthalib

Muthalib

Salah seorang jemaah yang hadir, Abdul Muthalib Abu Bakar, 46, berkata, sebagai masyarakat beragama Islam haruslah menyokong program-program keagamaan seperti ini.

“Program ini sangat membantu komuniti setempat dalam mengejar ilmu-ilmu belum dipelajari seterusnya dapat berkongsi bersama keluarga di rumah.

“Alhamdulillah, saya gembira dapat menghadiri majlis sebegini dan berharap ia terus diadakan pada setiap tahun,” jelasnya ketika ditemui.

 

Muthalib turut menyeru agar generasi muda dapat merebut peluang mengikuti program kuliah seperti ini kerana sekarang hanya golongan tua memenuhi ruangan solat surau mahupun kerusi di majlis ilmu.

Aini

Aini

Dalam pada itu, Noor Aini Bada, 57, melihat kuliah yang dianjurkan itu bertujuan mendidik masyarakat setempat tentang kisah penghijrahan pada zaman Nabi Muhammad S.A.W.

“Sebagai salah seorang beragama Islam, sudah pasti majlis sebegini dapat memberi kekuatan kepada saya mengharungi hari-hari mendatang.

“Insyallah, jika ia diadakan pada masa hadapan saya akan terus menyertainya malah akan mengajak lebih ramai jiran-jiran untuk turun bersama,” ujarnya.