Jemaah Surau Al-Huda 5R4 Hayati Maal Hijrah

Jemaah Surau Al-Huda 5R4 Hayati Maal Hijrah

Antara yang hadir menjayakan majlis bacaan doa akhir dan awal tahun di Surau Al-Huda 5R4, di sini.

PRESINT 5 – Kira-kira 150 orang penduduk hadir menjayakan Majlis Penghayatan Maal Hijrah 1438H/2016M dengan bacaan doa akhir tahun 1437H dan awal tahun 1438H, yassin serta tahlil arwah yang berlangsung di Surau Al-Huda 5R4, di sini.

Nasaruddin

Nasaruddin

Pengerusinya, Ustaz Ahmad Nasaruddin Mohamed, 39, berkata program yang dianjurkan itu bertujuan mendidik masyarakat setempat memperingati kisah hijrah Nabi Muhammad S.A.W.

“Majlis dimulakan dengan Doa Al-Matsurat iaitu zikir-zikir serta membaca doa akhir tahun seterusnya solat maghrib secara berjemaah dan doa awal tahun.

“Alhamdulillah, pada tahun ini bilangan jemaah yang hadir meningkat dan ini menujukkan makin ramai ingin turut serta dalam acara-acara keagamaan anjuran pihak surau,” jelasnya.

Nasaruddin turut berharap agar dengan bermulanya tahun baru dalam kalender Islam, orang ramai terutamanya penduduk sekitar Presint 5 dapat memenuhi ruangan surau pada setiap masa.

Nazliah

Nazliah

Dalam pada itu, salah seorang jemaah yang hadir, Nazliah Suriati Mohd Nazeer, 28, program yang disertainya adalah kewajiban untuk semua umat Islam ketika menyambut tahun baru Maal Hijrah.

“Saya seronok dapat mengikuti program hari ini kerana dapat menghayati kisah penghijrahan.

“Saya berharap lebih ramai dapat mengikuti program sebegini agar menjadi lebih seronok dapat bersama rakan-rakan komuniti,” jelasnya.