Bagai Mimpi Jadi Kenyataan – Nadira

Bagai Mimpi Jadi Kenyataan – Nadira

Nadira Adnan

KUALA LUMPUR – Penyanyi muda yang terkenal di Indonesia dan Malaysia, Nadira Adnan memberi kejutan kepada para peminat selepas memilih Istana Budaya sebagai lokasi berlangsungnya Konsert Cinta pada 19-20 Ogos hadapan.

Meskipun nama Nadira Adnan lebih banyak meniti di bibir peminat Indonesia namun tanah air tercinta menjadi keutamaan apabila ia merupakan konsert pertamanya.

Bagi Nadira, keterujaan untuk tampil di tempat bertaraf antarabangsa iaitu Istana Budaya bagaikan mimpi ditambah gandingan mantap nanti.

“Sudah lama saya impikan untuk bergandingan bersama artis pujaan atau lagenda tanah air iaitu Amy Search, Yuna, Joe Flizzow, Noh Salleh dan artis undangan Al-Ghazali.

“Saya berharap para penonton turut dapat merasakan keterujaan saya pada hari kejadian nanti,” jelasnya yang terkenal dengan lagu hit Sayang.

Konsert yang dijangka berlangsung sehingga dua jam itu mendapat sambutan hangat sehingga 70 peratus tiket bagi kedua-dua hari sudah habis dijual.

Bagi peminat yang masih belum mendapatkan tiket boleh mendapatkannya di www.ticketpro.com.my atau terus ke kaunter tiket Istana Budaya.

Harga tiket bermula serendah RM100, RM175, RM250, RM300 sehingga RM500.