MySekolah

Warna Warni Aidilfitri SKPP 11(1)

PRESINT 11 – Seramai 1200 orang warga Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(1) membanjiri dataran sekolah dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah yang bertemakan “Riang-ria Hari Raya”.

Majlis bermula kira-kira jam 9.30 setelah murid-murid melalui Proses Pengajaran dan Pembelajaran (PDP) seperti biasa.

Suhaimi

Suhaimi

Guru Besar SKPP 11(1), Suhaimi Ali Ahmad, berkata, sambutan tersebut merupakan aktiviti tahunan sekolah di mana murid-murid, guru, kakitangan sekolah serta ibu bapa dapat berkumpul bersama bagi meraikan hari yang penuh gembira di sini.

“Juadah juga turut dibawa oleh ibu bapa dan murid bagi memeriahkan lagi sambutan yang berkonsepkan potluck.

“Tidak dilupakan jasa warga SKPP 11(1) yang bertungkus lumus bagi menjayakan Majlis Sambutan Hari Raya pada kali ini,” katanya.

Di dalam majlis tersebut, kesemua murid yang hadir menerima duit raya setiap seorang hasil sumbangan PIBG selain pertandingan karaoke lagu raya serta pakaian tercantik mengikut kelas.

Safiya

Safiya

Salah seorang murid, Nik Aisya Safiya Nik Khairul, 12, berkata, dia berasa gembira dan turut bersedih kerana ini merupakan tahun terakhirnya baginya menyambut perayaan bersama guru dan rakan-rakan di sekolah.

“Saya bakal menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak lama lagi dan seterusnya akan menyambung pelajaran di sekolah lain.” katanya.

Zarawahida

Zarawahida

Menurut salah seorang guru, Zarawahida Zakaria, 36, sambutan pada tahun ini meriah namun dalam masa yang sama dia turut berasa sedih kerana SKPP 11(1) bakal kelihangan seorang guru yang sangat berkaliber dan cemerlang tidak lama lagi kerana akan bersara.

“Justeru, majlis sambutan hari raya kali ini di gunakan sebaik mungkin warga SKPP 11(1) beramah mesra dan saling bermaaf-maafan kerana pada waktu sebegini tiada jurang diantara kami semua,” katanya lagi.

Source
Teks / Foto : Izzat Rifdee
Show More

Related Articles